Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bon 1MDB: Goldman Sachs akan bayar AS$122 juta pada k’jaan Singapura
Diterbitkan:  Oct 23, 2020 9:42 AM
Dikemaskini: 1:42 AM

Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini menurut kenyataan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) republik itu, Penguasa Monetari Singapura (MAS) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dikeluarkan awal pagi ini.

Kenyataan itu mengatakan bahawa CAD telah memberikan amaran bersyarat selama 36 bulan kepada GSSP, setelah berunding dengan AGC.

Susulan itu, GSSP memberi jaminan, antara lain, membayar AS$122 juta kepada dana yang disatukan kerajaan Singapura dalam masa lima hari kerja dari tarikh peneriaan amaran bersyarat itu.

GSSP juga akan membayar sejumlah AS$ 61 juta kepada pihak berkuasa Malaysia, yang akan dibayar dan / atau dikreditkan selaras dengan Perjanjian Pendakwaan yang Ditangguhkan (DPA).

DPA itu dimeterai oleh Goldman Sachs Group Inc (GSG) dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

"Jumlah ini mewakili bahagian GSSP yang diperoleh daripada tawaran bon 1MDB.

"Oleh itu, jumlah keseluruhan yang dibayar atau akan dibayar oleh GSSP mengikut amaran bersyarat itu adalah AS$183 juta," kata kenyataan berkenaan.

CAD Singapura menyiasat GSSP dan dua bekas pengarah urusannya, Tim Leissner dan Ng Chong Hwa @ Roger Ng, berkaitan dengan tiga tawaran bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs International untuk anak syarikat 1MDB.

Leissner berpusat di Hong Kong ketika kejadian dan adalah pegawai bertanggungjawab di Goldman Sachs (Asia) LLC (GSA).

Kenyataan itu menyebut bahawa GSA terlibat secara signifikan dalam tiga penawaran bon 1MDBKenyataan itu menyebut bahawa GSA terlibat secara signifikan dalam tiga penawaran bon 1MDB, sementara Leissner berperanan dalam mendapatkan perjanjian bon dari 1MDB.

- Bernama

[Laporan penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS