Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee risau dan sedih lebih 1,000 pelajar dijangkiti Covid-19
Diterbitkan:  Oct 23, 2020 10:40 AM
Dikemaskini: 2:40 AM

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik meluahkan kembimbangannya terhadap nasib lebih 1,000 pelajar sekolah yang positif Covid-19 susulan gelombang ketiga virus berkenaan.

“Membaca berita ini hati saya menjadi risau dan sedih memikirkan nasib anak-anak dan guru di sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya semalam, memaklumkan bahawa mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun, jumlah kes gelombang ketiga setakat ini adalah 587.

Bagi mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun pula, jumlah krs adalah sebanyak 670 kes.

Maszlee tidak menawarkan sebarang nasihat atau cara menagani masalah itu tetapi sekadar meminta ibu bapa dan guru untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Buat ibubapa berbincanglah dengan pihak sekolah melalui PIBG untuk membuat keputusan terbaik di samping memastikan anak-anak sentiasa mematuhi SOP.

“Pihak NUTP perlu mewakili para guru untuk memastikan kesihatan para guru sentiasa diutamakan dalam apapun keputusan yang diambil.,” katanya.

Selain lonjakan kes di kalangan pelajar, Kementerian Kesihatan memaklumkan 12 sekolah telah ditutup buat sementara waktu. Sekolah berkenaan terletak di zon merah.

Lihat Komen
ADS