Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita mati jatuh bangunan hospital tak mengidap Covid-19
Diterbitkan:  Oct 23, 2020 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Wanita berusia 63 tahun yang meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, tidak mengidap Covid-19 seperti yang dilaporkan.

Individu itu juga dijadual keluar hospital sehari sebelum kematiannya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Christina Rundi berkata, wanita itu - yang disyaki menghidap Covid-19 - telah diuji dan disahkan negatif sebanyak tiga kali.

“Oleh yang demikian, pihak hospital telah merancang untuk mendiscaj beliau dari wad pada 22 Oktober,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Wanita itu ditemui mati pada malam 21 Oktober.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji semalam dilaporkan berkata siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Okober selepas dikenal pasti positif Covid-19.

Polis turut menyiasat berkenaan motif bunuh diri, kata Habibi seperti dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu , Christina berkata pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) HQE telah menghubungi keluarga wanita itu untuk memberi sokongan psikologi kepada mereka.

Tambahnya, hospital akan membuat siasatan terperinci mengenai kejadian itu dan akan mengambil tindakan penambahbaikan yang sesuai.

Sabah kini berdepan gelombang Covid-19. Setakat semalam, negeri itu mencatat 6,585 kes.

Untuk bulan ini saja, seramai 63 pesakit Covid-19 meninggal dunia di negeri itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS