Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
799 kes, tiga kematian, kes aktif lepasi 10,300
Diterbitkan:  Oct 30, 2020 6:15 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Sebanyak 799 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 636 atau 79.6 peratus daripadanya adalah di Sabah serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes pulih yang dilaporkan pula ialah 491 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih Covid-19 ialah 20,248 kes, iaitu 65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 30,889 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,392 kes,” katanya pada sidang media perkembangan situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 29 kes daripada jumlah kes baru yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan dengan kluster daripada penjara iaitu Kluster Penjara Reman 20 kes, Kluster Penjara Kepayan (enam) dan Kluster Tembok (tiga) .

Katanya sehingga kini terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan

Beliau berkata hari ini terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19, kesemuanya di Sabah.

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 466 kes

  • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan;
  • 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 147 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 150 kes

  • 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 76 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Merpati dan Kluster Astaka;
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 65 kes

54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Titian; dan 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Pulau Pinang : 35 kes

  • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 23 kes

  • 20 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Gala;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 19 kes

  • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 16 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 10 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Meldrum.

Kedah: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS