Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bersatu Sabah dijangka akan membincangkan apakah parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Dis depan.

"Isu itu mungkin akan dibincangkan pada mesyuarat Bersatu Sabah berikutnya yang dijadualkan Sabtu ini," kata timbalan pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun dalam satu kiriman pesanan teks.

Sebahagian besar parti politik dari kedua-dua belah pihak di Sabah memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya kecil itu berikutan wabak Covid-19.

Ini termasuk BN, Pakatan Harapan, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Ini secara tidak langsung memberi laluan bagi Warisan untuk mempertahankan kerusi tersebut berikutan kematian anggota parlimennya, Liew Vui Keong, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 atas tiket Warisan.

Bersatu bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai pilihan raya kecil tersebut.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kebimbangan mengenai lonjakan kes Covid-19 di Sabah setelah pilihan raya negeri diadakan pada 26 Sept lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada hari terakhir 60 hari yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada 31 Okt lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata dia berusaha mendapatkan perisytiharan darurat kerana bimbang pilihan raya kecil Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak akan memburukkan penularan Covid-19.

Perkara 150 Perlembagaan membenarkan darurat diisytiharkan di daerah setempat.

Lihat Komen
ADS