Sultan Johor berkenan terima taklimat isu keselamatan negara
Diterbitkan: Nov 5, 2020 8:16 PM
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin di Istana Flintstones, dekat Mersing.
Menerusi hantaran berserta gambar di dalam laman Facebook Sultan Johor, dalam pertemuan bersama baginda itu Hamzah mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di dalam dan juga luar negara.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Indera Khairul Dzaimee Daud.
Menurut hantaran itu, Hamzah turut mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di Johor termasuk perkembangan terkini situasi Covid-19 di negeri ini.
- Bernama

