Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Strategi Trump ganggu kiraan undi akan gagal - kempen Biden

Strategi kempen Donald Trump mengemukakan tuntutan mahkamah yang bertujuan mengganggu proses pengiraan undi dilihat sia-sia, lapor Agensi Sputnik.

Penasihat kempen Joe Biden, Bob Bauer dalam satu taklimat pada Khamis berkata strategi mengganggu proses pengiraan sepertinya menuju kegagalan kerana penjumlahan undi tidak akan berhenti.

Sementara itu pengurus kempen Jen O'Malley Dillon berkata Biden, calon presiden Demokrat selaku bekas naib presiden AS berada di landasan betul untuk memenangi persaingan di Nevada.

"Di Nevada, Naib Presiden (Joe Biden) mendahului dengan kira-kira 8,000 undi dan data kami menunjukkan kami akan menang di sini," kata O'Malley.

Kempen Biden yakin negeri-negeri lain yang menyaksikan saingan sengit termasuk Arizona, Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, mungkin akan berada dalam genggaman Biden, kata O'Malley.

- Bernama

Lihat Komen
ADS