Malaysiakini
BERITA

Kerajaan tak dapat dedah syarat penuh penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs

Diterbitkan

PARLIMEN | Kerajaan enggan mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs dengan alasan segala terma dan syarat dalam perjanjian itu tertakluk kepada klausa kerahsiaan, melainkan ia dipersetujui pihak yang berkaitan.

Menurut Menteri di Jabatan Menteri Takiyuddin Hassan klausa kerahsiaan itu juga terpakai untuk peruntukan mengenai jaminan AS$1.4 bilion daripada Goldman Sachs ke atas aset curian.

“Oleh yang demikian, berdasarkan klausa kerahsiaan tersebut, kerajaan tidak dapat memberikan akses kepada perincian perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs sebagaimana yang dipohon untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil akibat pelanggaran terma perjanjian.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanya sama ada ahli-ahli parlimen boleh atau tidak diberi akses penuh kepada syarat penuh perjanjian penyelesaian berkenaan, serta perincian aset curian bernilai AS$1.4 bilion yang telah dijamin oleh Goldman Sachs. 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan