Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan dakwa Anwar tawar letak jawatan palsu
Diterbitkan:  Nov 28, 2020 12:13 AM
Dikemaskini: 4:13 PM

Satu kenyataan media palsu yang mengatakan bahawa ketua pembangkang Anwar Ibrahim menawarkan untuk mengundurkan diri susulan kegagalan PH menolak Belanjawan 2021 di parlimen beredar.

Pembantu presiden PKR itu menafikan kenyataan itu dikeluarkan oleh Anwar.

Kenyataan itu menyatakan kononnya Anwar mengakui kekhilafan berlaku semasa undian belanjawan semalam.

"PH akan terus komited untuk memastikan bahawa belanjawan ini ditolak maka dengan itu ruang perbahasan di peringkat jawatankuasa akan digunakan sepenuhnya.

"Sebagai jaminan dan akuan sumpah saya, maka saya dengan ini bersedia untuk meletakkan semua jawatan politik saya sekiranya langkah ini gagal direalisasikan dalam masa tujuh hari," kata kenyataan palsu itu.

Belanjawan 2021 lulus dengan undian suara.

Anwar telah membuat keputusan pada saat-saat terakhir untuk meminta sekutunya dalam PH untuk tidak meneruskan undi belah bahagi.

Undi belah bahagi memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen, tetapi hanya 13 ahli parlimen yang berdiri menyokong cadangan agar undi belah bahagi diadakan.

Anwar menjelaskan keputusan itu dibuat kerana dia tidak mahu dilihat sebagai menolak pengumuman baru yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada hari itu.

Anwar berkata, PH akan menolak belanjawan melalui undi belah bahagi pada perbahasan peringkat jawatankuasa ketika Dewan Rakyat meneliti belanjawan setiap kementerian.

Lihat Komen
ADS