Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Biden dijadual diberi taklimat harian presiden Isnin ini
Diterbitkan:  Nov 30, 2020 11:33 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

GLOBAL l Joe Biden akan diberi taklimat harian presiden buat kali pertama pada Isnin, lapor agensi berita Sputnik, memetik satu kenyataan dari pejabatnya.

"Pada Isnin, 30 November, bakal Presiden Joe Biden akan menerima taklimat harian presiden. Kemudian, bakal Presiden Biden akan bertemu dengan penasihat peralihan," kata pasukan peralihan Biden-Harris pada Ahad.

Pada Rabu, penasihat pasukan peralihan Biden, Jen Psaki (dilantik sebagai setiausaha akhbar Rumah Putih Biden pada Ahad) berkata taklimat harian presiden pertama dijangka berlangsung pada Isnin.

Taklimat harian presiden adalah mengenai perkembangan ancaman dan risikan harian oleh pihak keselamatan negara AS.

Awal bulan ini, Presiden Donlad Trump memberi kuasa kepada Pentadbiran Perkhidmatan Awam untuk memulakan proses peralihan secara rasmi kepada pasukan Biden sambil terus mempertikaikan keputusan pemilihan presiden 3 November.

- Bernama

Lihat Komen
ADS