Semua cawangan KWSP kembali beroperasi mulai esok
Diterbitkan: Dec 1, 2020 6:11 PM
Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa, bermula esok (2 Dis) dengan semua perkhidmatan kaunter dibuka mulai jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari bekerja.
KWSP berkata ia akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

"Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
- Bernama

