Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: PKPB kini hanya di sesetengah negeri, daerah terpilih
Diterbitkan:  Dec 5, 2020 5:24 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Kerajaan tidak melanjutkan lagi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan kawasan selepas ia berakhir pada 6 Dis ini.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, jika PKPB diteruskan negara mengalami kerugian sehingga RM300 juta sehari dan menjejaskan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Justeru menteri kanan itu berkata PKPB akan ditamatkan esok kecuali di Sabah, Kuala Lumpur, sebahagian besar Selangor dan sebahagian daerah di Johor and Negeri Sembilan.

Berikut adalah butiran yang diumumkan Ismail Sabri dalam sidang medianya hari ini:

Selangor: PKPB dilanjutkan sehingga 20 Dis kecuali daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Wilayah Persekutuan: PKPB ditamatkan di Putrajaya dan Labuan tetapi dilanjutkan di Kuala Lumpur

Negeri Sembilan: PKPB tamat kecuali di Seremban dan Port Dickson.

Pulau Pinang: PKPB tamat kecuali Mukim 12 Daerah Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut

Perak: PKPB tamat kecuali bagi daerah Kita dan Mukim Teja, Kampar dan Changkat Jong di Hilir Perak yang dilanjutkan ke 20 Dis

Kelantan: PKPB tamat kecuali di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas

Johor: PKPB tamat kecuali untuk daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi

Terengganu: Tiada PKPB

Pahang: Tiada PKPB

Kedah: Tiada PKPB kecuali di daerah Kulim

Perlis: Tiada PKPB

Melaka: Tiada PKPB

Sarawak: Tiada PKPB

Bagaimanapun di sebalik tamatnya PKPB, seluruh negara kini masih diletakkan dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPP akan berlanjutan sehingga 31 Dis 2020.

Lihat Komen
ADS