Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin kini terpaksa melutut pada Umno, kata Adly
Diterbitkan:  Dec 6, 2020 9:48 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada Umno bagi mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri, kata bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari.

Mengimbas semula Langkah Sheraton pada Feb lalu, Adly berkata Bersatu merupakan parti kecil yang berasakan mereka kuat, tapi sebenarnya lemah. 

"Kuasa terakhir adalah pada perdana menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada Umno.

"Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada umno, melihat begitu saja babak timbalannya dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu," tulis Adly dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut Adly dalam sistem demokrasi kuasa ditentukan rakyat, namun ia dikhianati melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang Feb lalu.

"Maka diperingkat awal Langkah Sheraton, nampaklah "mereka" cerdik, dapat kedudukan Perdana Menteri,

"Menteri Kanan, Menteri dan Kekal di Perak. Kemuncaknya adalah apabila mereka berjaya menubuhkan PN dan kejayaan yang terbaru dengan merampas Sabah daripada tangan Warisan.

"(Tapi) Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan Umno," katanya.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri selepas melakukan gerakan politik yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' pada penghung Februari lalu bagi mengeluarkan Bersatu daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan (PN) Nasional ditubuhkan dengan kerjasama Bersatu dengan Umno, PAS dan beberapa parti dari Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, Muhyiddin hanya memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat. 

Hubungan tegang parti-parti dalam PN terutama antara Bersatu dan Umno, menjadikan kemelut ini bertambah rumit. 

Terbaru, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu digulingkan menerusi undi percayadi Dewan Undangan Negeri.


Lihat Komen
ADS