Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM siasat ‘perkembangan baru’ kes Ku Nan
Diterbitkan:  Dec 7, 2020 6:33 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan terdapat perkembangan baru dalam kes membabitkan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM 1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

Merujuk kes sama, SPRM difahamkan terdapat perkembangan baru yang dikemukakan oleh pihak tertuduh serta satu laporan dibuat terhadap seorang saksi kes ini yang memerlukan siasatan lanjut.

"SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baharu tersebut dan mengemukakan semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan setelah semuanya selesai," kata kenyataan medianya hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada dakwaan kes berkenaan.

Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Tertuduh tenang di kandang tertuduh ketika keputusan dibacakan. 

SPRM berkata pihaknya mengambil maklum keputusan tersebut namun menegaskan keputusan melepas tanpa membebaskan itu tidak bermaksud tertuduh dibebaskan sepenuhnya.

"Namun masih boleh dituduh pada bila-bila masa sekiranya diberi keizinan mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Sementara itu SPRM turut memaklumkan terdapat satu lagi kes melibatkan Tengku Adnan yang masih menunggu keputusan dan tiada kena-mengena dengan keputusan mahkamah hari ini.

Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta

Lihat Komen
ADS