Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badan pemerhati: Negara kaya bolot vaksin Covid-19

GLOBAL | Negara kaya dilaporkan membeli dos vaksin Covid-19 tiga kali ganda melebihi jumlah keperluan imunisasi rakyat mereka.

Memetik badan pengawas vaksin antarabangsa Agensi Anadolu melaporkan tindakan berkenaan akan menyaksikan negara miskin bakal berdepan tidak mendapat bekalan vaksin.

Sembilan daripada 10 orang di 67 negara miskin berisiko tidak mendapat bekalan vaksin sedangkan negara kaya terus bergerak membebaskan negara mereka daripada pandemik itu, menurut People Vaccine Alliance dalam satu kenyataan.

Kanada di tangga teratas dengan membeli vaksin lima kali ganda melebihi jumlah diperlukan untuk setiap rakyatnya.

Tambah kenyataan itu, setakat ini negara-negara kaya yang mewakili hanya 14 peratus populasi dunia telah membeli 53 peratus daripada semua vaksin paling meyakinkan.

"Tidak ada seorang pun yang boleh dihalang daripada mendapatkan vaksin itu hanya kerana kemiskinan negara mereka,” kata Pengurus Polisi Kesihatan Oxfam, Anna Marriott, yang mengambil bahagian dalam People Vaccine Alliance.

Marriott memberi amaran berbilion penduduk di seluruh dunia tidak akan menerima vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan selama bertahun-tahun, melainkan jika satu perubahan mendadak dilakukan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS