Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Saya dituduh rancang jatuhkan diri sendiri
Diterbitkan:  Dec 14, 2020 7:10 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia maklum ada pihak yang menganggap dia memainkan peranan dalam hala tuju politik di negara ini sehingga dia bahkan dituduh merancang kejatuhannya sendiri.

Mahathir berkata demikian setelah ditanya mengenai penglibatannya dalam perkembangan politik baru-baru ini di negara ini, termasuk cadangan agar Warisan untuk menjadi parti nasional.

"Saya dituduh merancang segala-galanya termasuk kejatuhan saya sendiri. Kejatuhan saya sendiri dirancang oleh saya.

"Itulah sebabnya saya bukan perdana menteri. Sekiranya saya seorang perancang yang baik, hari ini saya tidak akan menghadapi masalah," katanya pada sidang media bersama Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno.

Pada sidang media itu, Mahathir dan Tengku Razaleigh memberi gambaran kemungkinan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan tumbang esok kerana Belanjawan 2021 mungkin tidak akan melepasi bacaan ketiga.

Namun, mereka merasa tidak memberi perincian itu, selain meminta ahli parlimen memilih kerajaan baru dengan bijak sekiranya kerajaan Muhyiddin runtuh.

Sebilangan pihak pembangkang menyalahkan Mahathir atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan setelah parti yang diasaskannya sendiri, Bersatu, meninggalkan gabungan itu.

Mereka juga menyalahkan Mahathir kerana mengundurkan diri sebagai perdana menteri setelah ahli parlimen Bersatu mendesaknya meniggalkan PH.

Namun, Mahathir sebelm ini menegaskan bahawa pemimpin dari partinya tidak lagi menyokongnya, yang menyebabkan dia kehilangan sokongan majoriti dan sewajarnya meletakkan jawatan.

Mahathir akhirnya disingkirkan dari Bersatu dan Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu mengambil alih jawatan perdana menteri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional yang baru.

Mahathir turut mengkritik kerajaan sekarang yang menurutnya terlalu banyak berpolitik, sambil menambah bahawa ramai pihak meminta pertolongannya untuk campur tangan dalam situasi politik semasa.

"Itulah sebabnya saya berbincang dengan Tengku dan beberapa yang lain. Kami merasakan kita memerlukan kerajaan yang baik yang berdedikasi untuk melayani rakyat dan negara," katanya.

Mahathir juga tidak memperincikan pihak lain yang dimaksudkannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS