GLOBAL | Jumlah penduduk AS dijangka mencecah 332.5 juta menjelang April tahun depan, lapor agensi berita Sputnik yang memetik biro bancian negara itu dalam satu kenyataan.
"Biro Bancian AS hari ini mengeluarkan anggaran penduduk pada 1 April 2021 adalah seramai 332.6 juta," kata kenyataan itu pada Selasa. "Jumlah ini adalah sebahagian daripada pelbagai jangkaan... Ia bukan dari Bancian 2020 tetapi adalah hasil analisis demografi."
Biro Bancian AS menjelaskan anggaran itu bukanlah rumusan rasmi memandangkan pengiraan rasmi bancian nasional yang dimulakan awal tahun ini masih berlangsung.
Katanya analisis itu dibuat berdasarkan rekod kelahiran dan kematian, data mengenai migrasi antarabangsa dan rekod Medicare tetapi tidak termasuk data daripada Banci 2020, yang bergantung kepada pengumpulan tindak balas daripada isi rumah.
- Bernama
