Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan 'ustaz' disyaki cabul lelaki
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 5:23 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Polis Kelantan menahan seorang guru agama bergelar ustaz, 32, disyaki mencabul seorang lelaki, 30, yang juga ahli perniagaan, di Machang, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa susulan kejadian yang didakwa berlaku di sebuah hotel di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, suspek bersama mangsa ke sebuah hotel kira-kira jam 1.15 pagi selepas keluar bersama dengan menaiki sebuah kereta.

"Semasa berada di tempat kejadian, suspek bertindak mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa. Suspek turut menggeselkan kemaluanya ke peha mangsa.

"Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membuat laporan polis sejurus kejadian. Mangsa juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafien berkata, suspek kemudiannya ditahan di sebuah sekolah pondok pada jam 3 petang, semalam.

"Suspek kini direman selama empat hari, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya.

Lihat Komen
ADS