Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti kerajaan sepakat tubuh Majlis Presiden
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 11:17 PM
Dikemaskini: 3:28 PM

Parti-parti kerajaan hari ini mencapat kata sepakat untuk menubuhkan Majlis Presiden yang dianggotai ketua-ketua parti masing-masing.

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-parti Dalam PN Hamzah Zainuddin berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ketua-ketua parti kerajaan yang dipengerusikan perdana menteri yang juga Pengerusi PN Muhyidddin Yassin hari ini.

"Dalam mesyuarat tersebut, parti-parti komponen PN bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasardasar Kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

"Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional juga ditubuhkan," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Jelas Hamzah, pada mesyuarat itu juga, parti-parti komponen PN turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah

Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Wee Ka Siong (Presiden MCA), Sim Kui Hian (Presiden SUPP) Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBB).

Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah Amar Haji Awang Tengah (Timbalan Presiden PBB), Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP), Paul Igai (Naib Presiden PDP), Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC), dan Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR).

Hamzah yang juga merupakan setiausaha agung Bersatu pertama kali dilapor media menyebut tentang cadangan penubuhan Majlis Presiden itu pada 3 Dis lalu.

Lihat Komen
ADS