Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Varian koronavirus UK lebih mudah jangkiti kanak-kanak - Saintis
Diterbitkan:  Dec 22, 2020 11:14 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

GLOBAL l Varian baru koronavirus sedang merebak pesat di Britain membawa mutasi yang boleh mengakibatkan kanak-kanak dijangkiti sama seperti orang dewasa - tidak seperti jenis sebelum ini, kata para saintis pada Isnin.

Dalam taklimat kepada wartawan mengenai penemuan terbaru itu , para saintis dari Kumpulan Penasihat Ancaman Virus Baru kerajaan (NERTAG) yang mengesan varian itu berkata, varian itu dengan cepat merebak dan menjadi dominan di selatan Britain, dan mungkin akan menular segera ke seluruh negara.

"Kami sekarang berkeyakinan tinggi bahawa varian ini memang mempunyai kelebihan penularan daripada varian virus lain yang kini di UK," kata Peter Horby, seorang profesor penyakit berjangkit di Universiti Oxford dan pengerusi NERVTAG.

"Ada petunjuk bahawa ia mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menjangkiti kanak-kanak," kata Neil Ferguson, seorang lagi profesor dan ahli epidemiologi penyakit berjangkit di Imperial College London dan juga anggota NERVTAG.

"Kami belum boleh membuktikan apa-apa sebab, tetapi kami dapat melihatnya dalam data," kata Ferguson.

"Kami perlu mengumpulkan lebih banyak data untuk melihat bagaimana kelakuannya pada masa depan."

Kemunculan varian mutasi SARS-CoV-2, kata para saintis, hingga 70% lebih mudah menjangkiti berbanding varian sebelum ini di UK. Ini mendorong beberapa negara untuk menutup sempadan mereka dengan Britain dan sebahagian besar kawasan negara itu kini dikenakan sekatan semasa Krismas.

Wendy Barclay, seorang profesor NERVTAG lain dan pakar virologi di Imperial, berkata, bahawa antara mutasi dalam varian baru itu adalah perubahan cara ia memasuki sel manusia, yang mungkin bermaksud "bahawa kanak-kanak, mungkin, sama mudah dijangkiti seperti orang dewasa "

"Oleh itu, memandangkan corak percampuran merekaa pasti kita akan melihat lebih banyak kanak-kanak dijangkiti," kata Barclay.

- Reuters

Lihat Komen
ADS