Lima lelaki warga Malaysia di Perth telah ditahan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) kerana disyaki terlibat dalam sindiket menindas pekerja asing dalam industri pembinaan.

Penahanan lima lelaki itu, yang semua mereka tinggal di Australia secara haram, dilaporkan oleh akhbar terkemuka Perth, The West Australian.

Mereka yang ditangkap dalam serbuan Operasi Battenrun di seluruh negara itu mensasarkan syarikat buruh yang menindas pekerja asing dan pendatang tanpa dokumen.

Pegawai ABF menemui tiga lelaki itu, berusia 50, 51 dan 64 tahun, di sebuah kediaman di Embleton, pinggir timur laut Perth pada 17 Disember.

Pada 10 Disember, seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan di sebuah rumah di Dianella sementara rakyat Malaysia yang kelima, berusia 46 tahun, ditahan di sebuah harta komersial di Beckenham.

Dianella dan Beckenham juga adalah di pinggir bandar Perth.

The West Australian melaporkan bahawa lelaki berusia 52 tahun itu telah dihantar pulang ke Malaysia, sementara empat yang lain masih berada dalam tahanan imigresen sementara menunggu mereka diusir dari Australia.

“Kami sentiasa mencari kes pekerja asing yang dibayar gaji yang tidak setimpal, dinafikan hak mereka, dan diperlakukan dengan buruk.

"ABF tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang mengaut keuntungan besar dengan mengeksploitasi pekerja asing," kata Komander Operasi ABF West James Copeman.

Malaysiakini sedang menghubungi polis dan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan komen lanjut.

[Baca berita penuh]