Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indonesia haramkan Front Pembela Islam
Diterbitkan:  Dec 30, 2020 9:47 AM
Dikemaskini: 9:51 AM

Indonesia mengharamkan kumpulan garis keras kontroversi negaranya Front Pembela Islam (FPI) berkuat kuasa serta-merta.

“FPI tidak lagi mempunyai hak sah sebagai sebuah pertubuhan,” kata menteri keselamatan republik itu Mahfud MD seperti dilaporkan Reuters.

Pengharaman itu dibuat selepas imam besar FPI Rizieq Shihab pulang daripada buangan di Arab Saudi, yang disambut melalui acara dihadiri ribuan orang.

Mahfud berkata FPI telah dibubarkan sejak Jun lalu tetapi terus menjalankan kegiatannya.

Rizieq Shihab 

Timbalan menteri udang-undang Indonesia Edward Omar Sharif Hiariej berkata hampir 30 pemimpin FPI, anggota dan bekas anggotanya didapati bersalah dalam kegiatan keganasan.

Mereka juga, katanya, menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan Pancasila sebagai ideologi negara.

Ditubuhkan pada 1998 selepas kejatuhan Suharto, FPI terkenal dengan serangannya terhadap kelab malam, tempat pelacuran dan kumpulan agama minoriti.

Kumpulan itu dikatakan terlibat dalam protes mengecam bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok pada 2016 atas dakwaan menghina Islam.

Lihat Komen
ADS