Malaysiakini
BERITA

Harga RON95, RON97 dan diesel naik lagi

Bernama

Diterbitkan

Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baru petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baru bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

"Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM).

Katanya kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.