Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika tinjau banjir

Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta di halaman rumahnya.

"Ibu mangsa mendakwa melihat anaknya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan dia terus berlari ke arah anak lelakinya untuk membantu, namun dirinya sendiri tercampak ke belakang.

"Abang mangsa kemudian datang membantu dan membawa dua beranak itu ke Klinik Tanjung Lalang, namun Isyraf disahkan meninggal dunia," katanya semasa dihubungi dari Kuantan hari ini.

Mohd Yusri berkata ibu mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh dan dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan.

Siasatan lanjut dilakukan dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad bagi mencari punca arus elekrik tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hoshas untuk bedah siasat dan setakat ini ke itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS