Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saiful Bukhari masuk Bersatu
Diterbitkan:  Jan 7, 2021 4:26 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim, memilih menyertai Bersatu.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata permohonannya diluluskan semalam.

Saiful memilih untuk menjadi anggota Bersatu di bahagian Bentong, Pahang kerana kampung bapanya terletak di Janda Baik.

“Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi.

“Bukan untuk agenda peribadi, tetapi bagi meneruskan perjuangan pada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

 Anwar dibebaskan Mei 2018, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan pusat daripada BN.

Dia yang menjalani hukuman lima tahun penjara mulai Februari 2015 atas sabitan meliwat Saiful Bukhari mendapat pengampunan penuh daripada yang di-pertuan agong ketika itu Sultan Muhammad V.

Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dan mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Menulis di Facebook, Saiful berkata keputusan itu diambil setelah dua bulan beristikharah dan dan mengumpul pendapat.

“Pada hemat saya, adalah lebih afdal bergerak secara berjemaah, dari bergerak secara solo.

“Banyak ilmu dan pengalaman boleh saya peroleh, serta berpeluang mencurah bakti pada masyarakat melalui aktiviti parti,” katanya.

Lihat Komen
ADS