Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak sesuai banding pilihan raya negara lain untuk buat PRU15 - Khairy
Diterbitkan:  Jan 8, 2021 5:03 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Hujah pelaksanaan pilihan raya di Singapura dan New Zealand ketika pandemik Covid-19 tidak sesuai untuk dibuat perbandingan dengan Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan kerana skala mereka lebih kecil, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Katanya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah melihat kepada data-data jangkitan Covid-19, dan sedar bahawa sekiranya diadakan PRU-15, ia akan mengundang risiko tinggi kepada sistem kesihatan awam.

Khairy turut menarik perhatian mengenai kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas terutama dalam kalangan ahli politik, dan menurutnya beliau berpandangan rakyat secara keseluruhan tidak ingin PRU-15 diadakan semasa pandemik.

"Sebab itu saya rasa tak sesuai membuat perbandingan (buat PRU15) dengan negara lain. Yang cakap nak PRU-15 ini pun saya selalu tengok Facebook, mereka (adalah) yang tidak memakai pelitup muka dan terus bersalaman orang ramai," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Malaysia Grand Challenge (MGC), di Putrajaya hari ini.

Umno sebelum ini dilaporkan akan membawa usul supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19, pada Perhimpunan Agung Umno pada 31 Jan ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS