Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Program disertai Rina dalam tempoh 14 hari
Diterbitkan:  Jan 11, 2021 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun adalah menteri kabinet Malaysia ketiga yang positif Covid-19.

Pengumuman perkara itu dibuat sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua mereka telah menghadiri mesyuarat kabinet Rabu lalu dan difahamkan bahawa semua menteri yang hadir dalam pertemuan itu telah diberitahu untuk diuji setelah pengumuman Mustapa.

Selain mesyuarat kabinet, Rina juga telah menghadiri pelbagai program dalam 14 hari terakhir, sebagai menteri dan pemimpin Bersatu.

Berdasarkan semakan di media sosial Rina, Malaysiakini telah menyusun senarai program yang dihadiri menteri itu dalam tempoh 14 hari terakhir.

Tempoh 14 hari adalah kerana definisi kontak rapat Kementerian Kesihatan adalah mereka yang, dalam 14 hari terakhir, telah bersemuka atau telah berinteraksi dengan orang yang kemudiannya diuji positif Covid-19.

Ini kerana virus Covid-19 menagambil masa 14 hari inkubasi.

Senarai program Rina dalam 14 hari terakhir, menurut media sosialnya, adalah seperti berikut:

29 Dis

Dia bertemu dengan pengasas Genius Aulad dan Brainy Brunch di pejabatnya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

Dia menghadiri majlis untuk menyampaikan sumbangan kepada artis veteran Malaysia.

Dia menghadiri upacara untuk menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di kementeriannya di Putrajaya.

4 Jan.

Rina mengunjungi pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir di daerah Raub, Pahang, termasuk satu di masjid Kampung Temau.

6 Jan.

Dia menghadiri perjumpaan mengenai pengurusan sukarelawan semasa bencana alam dengan bekas menteri besar Perak dan Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu.

7 Jan.

Rina menghadiri pertemuan kerjasama strategik dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya.

9 Jan.

Dia menghadiri program potong rambut percuma yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) Sepang di Balai Raya Kampung Kolam Air, Dengkil.

Rina menghadiri majlis penyerahan barang keperluan asas kepada penduduk Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Lihat Komen
ADS