Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PIAM jamin darurat tak batalkan tuntutan insurans am
Diterbitkan:  Jan 13, 2021 8:36 AM
Dikemaskini: 12:36 AM

Persatuan Insurans Am Malaysia memberi jaminan bahawa pengisytiharan darurat yang bermula pada 11 Januari dan akan berlangsung sehingga Ogos, tidak akan membatalkan tuntutan insurans am.

"PIAM ingin memberi jaminan kepada semua pemegang polisi insurans am bahawa tuntutan yang dilakukan dalam tempoh darurat akan dibayar mengikut terma dan syarat polisi mereka.

"Semua pemegang polisi, baik perniagaan dan individu disaran mendapatkan maklumat daripada syarikat insurans masing-masing, "katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Istana Negara mengesahkan Yang Di-Pertuan Agong berkenan darurat dilaksanakan atas permintaan kerajaan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pengisytiharan darurat di seluruh negara bukanlah satu rampasan kuasa tentera.

Katanya, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan dan pengistiharan Ordinan Darurat adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Lihat Komen
ADS