Malaysiakini
BERITA

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Lokman Adam

Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jan 2021, 4:54 pagi

Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuannya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, menyampaikan keputusan sebulat suara itu semasa pendengaran dalam talian rayuan berkenaan menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Lokman mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Mei tahun lalu, yang menolak permohonannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Prosiding menghina mahkamah itu berhubung tuduhan melakukan ugutan terhadap Amhari Efendi Nazaruddin, saksi utama dalam perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

Amhari Efendi pernah menjadi pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu.

Dengan keputusan hari ini, pendengaran merit permohonan menghina mahkamah ke atas Lokman dijadual untuk diteruskan di Mahkamah Tinggi.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.