Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod 3,337 kes: 15 korban, lebih 1,000 jangkitan di S'gor
Diterbitkan:  Jan 14, 2021 6:25 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Jumlah kes harian terbaru mencatatkan angka tertinggi sekali lagi dengan 3,337 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 147,855 kes.

"Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 33,989 kes," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ini selepas dua hari lalu pada 12 Jan, negara mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 3,309 kes.

Sementara itu,  Dr Noor Hisham juga turut berduka cita memaklumkan 15 korban Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 578 kes.

Terdapat 195 pesakit di ICU dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan Selangor merekodkan jumlah jangkitan baru sebanyak 1,036 kes.

“Sebanyak 153 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (63 kes), Kluster Tropika (51), Kluster Penjara Jalan Harapan (34), Kluster Penjara Kepayan (dua), Kluster Tembok Choh (satu), Kluster Tembok Gajah (satu), dan Kluster Pagar Siput (satu),” katanya.

Johor pula merekod 460 kes diikuti Sabah (389 kes), Kuala Lumpur (257 kes) dan Pulau Pinang (234 kes). 

Perincian 3,337 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Januari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 1,036 kes

  • 471 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Selayang;
  • 324 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
  • 239 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 460 kes

  • 204 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tropika dan Kluster Pasir Barat;
  • 101 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 155 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 389 kes

  • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 279 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 100 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 257 kes

  • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Dutamas dan Kluster Jalan Pahang;
  • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat (4) kes import dari luar negara;
  • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 234 kes

  • 166 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 180 kes

  • 170 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 169 kes

  • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 88 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan RantauSiliau;
  • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 113 kes

  • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 92 kes

  • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Intan Mas;
  • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 26 kes lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 89 kes

  • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 86 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 85 kes

  • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 85 kes

  • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes

  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 24 kes
  • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Empat (4) kes

  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS