Malaysiakini
BERITA

PDRM sedia kerjasama kesan wanita M'sia curi wang di kasino Korea

Bernama

Diterbitkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan bagi membantu mengesan seorang wanita pekerja warga Malaysia yang didakwa terbabit dalam kes kecurian wang dari pusat perjudian Jeju Shinhwa World di pulau peranginan Jeju.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata sehingga kini PDRM masih belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.

"Kami masih menunggu sekiranya polis Korea Selatan ingin memohon bantuan untuk mendapatkan maklumat berhubung kes itu dan sekiranya mereka sedang menjalankan siasatan serta mengesan wanita terbabit.

“Jika ada permohonan melalui saluran rasmi dan wanita berkenaan sah berada di negara ini, kita sedia membantu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa menemukan timbunan wang bernilai beberapa bilion won di kediaman wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu yang kini menjadi suspek utama susulan kejadian kecurian di Kasino Landing di Jeju Shinhwa World, minggu lalu.

Laporan tersebut menyebut sebanyak 14.56 bilion (RM53.7 juta) dilaporkan hilang dari Kasino Landing di Jeju Shinhwa World itu.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.