Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,211 kes baru, rekod baru di Terengganu
Diterbitkan:  Jan 15, 2021 6:51 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 3,211 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan kes di Terengganu dan bilangan pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatat rekod tertinggi.

Lembah Klang kekal sebagai kawasan dengan kes baru tertinggi iaitu 1,314 kes (40.9 peratus), disusuli Johor dengan 535 kes (16.7 peratus) dan Sabah 514 kes (16 peratus).

Terdapat 92 kes baru di Terengganu yang merupakan angka tertinggi dilaporkan di negeri itu setakat ini dan kebanyakannya daripada kluster Kubang Bujuk (65 kes).

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

Kes aktif: 35,253↑ (1,264 lebih banyak berbanding hari sebelumnya, rekod baru)

Pesakit dalam ICU: 204 ↑ (9 lebih banyak berbanding hari sebelumnya, rekod baru)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 87 ↑ (1 lebih banyak berbanding hari sebelumnya)

Kematian: 8

Kes 78,827 - Lelaki 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kes 105,193 - Lelaki 78 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi,

psoriasis dan dislipidemia.

Kes 126,597 - Lelaki 79 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Kes 126,621 - Lelaki 50 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan Meningioma.

Kes 137,805 - Lelaki 62 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Kes 145,000 - Lelaki 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Ada latar belakang penyakit obstruktif paruparu kronik (COAD).

Kes 145,537 - Perempuan 76 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik.

Kes 146,620 - Perempuan 72 tahun (bukan warganegara) yang meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Ada latar belakang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kebutaan.

Dalam pada itu, seramai 1,939 lagi pesakit yang sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 115,227 kes (76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

  • Selangor (889)
  • Johor (535)
  • Sabah (514)
  • Kuala Lumpur (401)
  • Pulau Pinang (194)
  • Kedah (142)
  • Terengganu (92)
  • Kelantan (79)
  • Perak (74)
  • Negeri Sembilan (70)
  • Pahang (70)
  • Sarawak (60)
  • Melaka (58)
  • Putrajaya (24)
  • Labuan (9)
  • Perlis (0)

12 kluster baru

KKM memaklumkan terdapat 284 kluster aktif setakat ini dengan 12 daripadanya dikenal pasti hari ini. Berikut adalah kluster baru:

Kluster Jalan Telok Gong

  • Lokasi utama: Kampung Telok Gong, Port Klang, Selangor
  • Daerah: Klang
  • Jenis: Kilang
  • Kes setakat ini: 108

Kluster Linkaran Lintang

  • Lokasi utama: Lingkaran Sultan Hishamuddin and Lintang Sultan Mohamad 1B, Pelabuhan Klang, Selangor
  • Daerah: Klang
  • Jenis: Kilang, asrama pekerja
  • Kes setakat ini: 25

Kluster Persiaran Selatan

  • Lokasi utama: Persiaran Southkey, Johor Bahru, Johor
  • Daerah: Johor Bahru
  • Jenis: Tapak pembinaan
  • Kes setakat ini: 61

Kluster Jalan Kluang

  • Lokasi utama: Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor
  • Daerah: Batu Pahat
  • Jenis: Tempat kerja, kes indeks bergejala
  • Kes setakat ini: 18

Kluster Kampung Perani

  • Lokasi utama: Bandar Sri Perani, Kota Tinggi, Johor
  • Daerah: Kota Tinggi
  • Jenis: Masjid, kes indeks bergejala
  • Kes setakat ini: 18

Kluster Ladang Baturong

  • Lokasi utama: Ladang IOI Baturong 3, Kunak, Sabah
  • Daerah: Kunak
  • Jenis: Majlis keraian
  • Kes setakat ini: 54

Kluster Ladang Matamba

  • Lokasi utama: Ladang Matamba, Lahad Datu, Sabah
  • Daerah: Lahad Datu
  • Jenis: Ladang, saringan bersasar
  • Kes setakat ini: 20

Kluster Tapak Bina Damai

  • Lokasi utama: Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur
  • Daerah: Cheras
  • Jenis: Tapak pembinaan
  • Kes setakat ini: 130

Kluster Pondok Hidayah

  • Lokasi utama: Batu 31, Machang, Kelantan
  • Daerah: Machang
  • Jenis: Kes indeks mengalami severe acute respiratory infection (Sari)
  • Kes setakat ini: 15

Kluster Kota Road

  • Lokasi utama: Jalan Kota, Taiping, Perak
  • Daearah: Kinta, Larut, Matang and Selama
  • Jenis: Bank, kes indeks bergejala
  • Kes setakat ini: 18

Kluster Tembok Kemus

  • Lokasi utama: Jalan Kemus Lama, Alor Gajah, Malacca
  • Daerah: Alor Gajah
  • Jenis: Penjara
  • Kes setakat ini: 22

Kluster Restoran Putra

  • Lokasi utama: Precinct 9, Putrajaya
  • Daerah: Putrajaya
  • Jenis: Restoran, kes indeks mengalami severe acute respiratory infection (Sari)
  • Kes setakat ini: 19 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS