Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ujian RT-PCR Covid-19 senator Yaakob Sapari negatif pula
Diterbitkan:  Jan 16, 2021 12:40 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Keputusan ujian menjalani ujian tindak balas rantai Polimerase (RT-PCR) Senator Yaakob Sapari (RT-PCR) menunjukkan keputusan negatif hari ini.

Bagaimanapun, ini selepas dia menguji positif Covid-19 menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) semalam.

"Saya mendapat hasil ujiannya hari ini dan keputusan negatif," kata Yaakob kepada Malaysiakini hari ini melalui telefon.

Bekas exco kerajaan negeri itu juga berkongsi kertas keputusan ujiannya dengan Malaysiakini, yang menyatakan virus Covid-19 tidak dikesan pada individu tersebut.

Semalam dilaporkan, Yaakob diuji positif Covid-19 setelah mengambil ujian RTK-Ag.

Ujian RT-PCR dianggap sebagai standard untuk ujian Covid-19 di seluruh dunia.

Sebaliknya, ujian RTK-Ag walaupun dapat memberikan hasi dengan cepat namun tidak begitu sensitif berbanding ujian RT-PCR.

Lihat Komen
ADS