Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M mohon mencelah saman isu Agong tak isytihar darurat

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan empat anggota parlimen lain memohon untuk mencelah dalam saman berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang menolak untuk mengisytiharkan darurat.

Ahli Parlimen Langkawi, Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, dan senator Marzuki Yahya mengemukakan permohonan mencelah itu pada pada 12 Januari lalu.

Kelima-lima bekas anggota Bersatu itu mengemukakan permohonan mereka melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique.

Mereka memohon untuk campur tangan dalam saman yang dikemukakan oleh peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, yang meminta panduan mahkamah mengenai isu perlembagaan berkaitan dengan keputusan Seri Paduka sebelum ini yang tidak berkenan dengan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.

Pada 25 Oktober tahun lalu, dilaporkan bahawa Seri Paduka memutuskan untuk tidak menerima permintaan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat atas alasan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa sedang menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan.

Perlu dimaklumkan, pada 12 Januari tahun ini, adalah dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong kemudian bersetuju untuk memperkenakan permohonan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat untuk mengatasi penyebaran wabak Covid-19.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS