Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan M'sia-Indonesia

Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Dr James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke negeri itu.

Katanya Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri itu sehingga ke Lawas.

Ia merupakan daerah paling utara dan pembinaan lebuh raya tersebut dianggarkan menelan kos RM24 bilion.

“Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (kerajaan Persekutuan). Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi Malaysia juga,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.

Masing berkata dalam lawatannya ke Telok Melano - satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak - baru-baru ini, dia dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan dibina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan.

“Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran bagi kami,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS