Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ESEI FOTO | Setahun yang lalu hari ini, kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia. Berita itu mendedahkan bahawa virus berbahaya yang membunuh ratusan orang di bandar Wuhan di China mula merebak di negara ini.

Kes pertama yang dilaporkan di negara ini adalah pada 25 Jan 2020 melibatkan tiga warganegara China yang masuk melalui Johor dari Singapura lima hari sebelumnya.

Sejak itu virus tersebut telah memberi kesan kepada seluruh dunia dengan hampir 100 juta kes dilaporkan dan jumlah kematian seluruh dunia sekitar 2,131,000.

Malaysia setakat 24 Jan melaporkan sejumlah 183,801 kes dan 678 kematian. Kini terdapat lebih 40,000 kes aktif di negara ini.

Pandemik ini membawa kepada sekatan ekonomi yang tidak pernah terjadi sebelumnya, selain rekod paling rendah pertumbuhan suku kedua tahunan pada -17.1 peratus.

Memburukkan lagi keadaan, krisis Covid-19 hadir ketika situasi politik di Malaysia dalam keadaan terumbang-ambing.

Pada awal krisis, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat perpecahan dalaman PKR dan Bersatu yang menyebabkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai ketua gabungan baru dengan majoriti tipis.

Sementara itu di semua negeri, pertempuran tanpa henti untuk menangani Covid-19 berlangsung setiap hari.

Setahun kemudian, jalan keluar yang kemungkinan hadir apabila vaksin berkesan diperoleh, dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi - meski beberapa negeri jiran sudah memulakan program vaksin terlebih dulu.

Tetapi buat masa ini, negara sedang melaksanakan satu lagi perintah kawalan pergerakan (PKP). Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan pengisytiharan darurat, yang mungkin berlangsung hingga 1 Ogos bergantung tempoh wabak ini dapat ditangani.

Hari ini kita melihat kembali imej-imej yang dirakam lensa jurugambar Malaysiakini.

1. Pembelian panik seakan menjadi pemandangan biasa. Orang ramai berbaris di pasar raya di Subang Jaya ketika mereka membeli barang keperluan setelah kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 17 Mac 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


2. Anggota bomba yang memakai pakaian pelindung diri berdoa sebelum operasi pembasmian kuman di Masjid Sri Petaling pada 28 Mac 2020. - Foto oleh Azneal Ishak


3. Gelandangan mengamalkan penjarakan sosial pada 1 April 2020 ketika mereka ditempatkan di tempat perlindungan sementara di Kuala Lumpur PKP, yang mengehadkan aktiviti rakyat di Malaysia sebagai langkah pencegahan. - Foto oleh Azneal Ishak


4. Pekerja asing duduk di van Kementerian Kesihatan yang ditutup dengan plastik ketika mereka menuju ke hospital untuk pemeriksaan Covid-19 di Kampung Baru pada 14 April 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


5. Orang ramai menunjukkan sokongan dan penghargaan mereka kepada petugas barisan hadapan yang memerangi Covid-19 di Jalan Duta pada 15 April 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


6. Umat Islam menyambut Ramadan dengan norma baru akibat wabak covid-19. Sekumpulan pekerja asing menunaikan solat tarawih di stesen LRT di Kuala Lumpur pada 29 April 2020. - Foto oleh Azneal Ishak


7. Pejabat Perdana Menteri diterangi dengan cahaya biru ketika kempen 'Light it Blue' dijalankan untuk menunjukkan sokongan kepada pekerja kesihatan dan petugas barisan depan lain pada 30 April 2020. - Foto oleh Azneal Ishak


8. Kira-kira 200 pendatang asing tanpa dokumen ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di kawasan-kawasan di Oldtown Petaling Jaya. Operasi itu dilaksanakan ketika kawasan itu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan pada 20 Mei 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


9. Pelajar tahun lima dan enam sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam di Selangor kembali ke sekolah selepas PKP dilonggarkan pada 15 Julai 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


10. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali menjadi tumpuan kecaman apabila dia diberi hukuman ringan meski melanggar kuarantin selepas pulang dari Turki. Di sini dia dikelilingi oleh wartawan pada 28 Ogos 2020. - Foto oleh Azneal Ishak


11. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang cuba menggambarkan dirinya sebagai 'abah' semasa PKP, tiba untuk mengadakan pertemuan politik pada 1 September 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


12. Pilihan raya negeri Sabah diadakan pada September 2020 dan tidak lama selepas itu negara menyaksikan lonjakan kes Covid-19 dan kematian akibat wabak itu. Di sini penyokong PN dilihat bersorak setelah pengumuman calon parti mereka. - Foto oleh Azneal Ishak


13. Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan sidang media di Hotel Le Meridien pada 23 September 2020 di mana dia menyatakan dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen Dewan Rakyat. - Foto oleh Azneal Ishak


14. Industri pelancongan dan syarikat penerbangan terjejas teruk. Pesawat Malaysia Airlines dilihat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor pada 18 Okt 2020. - Foto oleh Azneal Ishak


15. Bekas juruterbang Azrin Mohamad Zawawi, 44 dan isteri Latun Noralyani Meor Aminuddin, 41 mengusahakan gerai makanan kecil 'Kapten Corner' yang menjual makanan tempatan bersama ahli keluarganya yang lain di Boomtown USJ, Selangor pada 4 Nov 2020. Kapten Azrin, bekas juruterbang syarikat penerbangan Malindo, kehilangan pekerjaannya setelah diberhentikan bersama 2,200 anak kapal dan kakitangan lain. - Foto oleh Mukhriz Hazim


16 - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjadi tokoh negara ketika dia memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan wabak tersebut. Taklimat ini bermula pada 3 Nov 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


17 - Seorang doktor yang memakai alat pelindung diri menunggu pesakit di pusat ujian pandu lalu di luar Klinik Ajwa di Shah Alam, Selangor pada 10 Disember 2020. - Foto oleh Mukhriz Hazim


18 - Seorang penumpang yang memakai topeng pelindung menaiki Feri Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang pada 4 Jan 2021. - Foto oleh Mukhriz Hazim


19 - Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjadi tumpuan setelah beberapa kenyataannya mengundang kecaman. Di sini dia mengunjungi Taman Pameran Agro Malaysia Serdang (Maeps) pada 16 Januari 2021. - Foto oleh Azneal Ishak


20 - Seorang pesakit di Pusat Kuarantina dan Rawatan Risiko Rendah di Serdang melambai kepada jurugambar melalui tingkap pada 16 Jan 2021. Pusat ini, yang terletak di Taman Pertanian Agro Malaysia Serdang (Maeps) mampu menampung sehingga 10,000 katil. - Foto oleh Azneal Ishak


21 - Seorang askar yang memakai pelitup muka berjaga di sekatan jalan di Jalan Ampang pada 18 Jan 2021 untuk menguatkuasakan PKP. - Foto oleh Mukhriz Hazim.

Lihat Komen
ADS