Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masih awal untuk tarik sekatan pergerakan di UK
Diterbitkan:  Jan 25, 2021 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

GLOBAL l Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock pada Ahad berkata masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan pergerakan kerana kadar penurunan kes Covid-19 belum pada tahap memuaskan, lapor Agensi Anadolu.

Data kerajaan menunjukkan terdapat 30,004 lagi jangkitan dan 610 kematian, menjadikan jumlah kes sejak mula wabak dikesan ialah sebanyak 3,647,463 kes dan 97,939 kematian.

Lebih 6.3 juta orang sudah menerima dos vaksin Covid-19.

"Kita semua sepatutnya perlu sangat bimbang dengan pandemik, patuhi peraturan dan langkah pencegahan," katanya dalam temu bual dengan Sky News.

Beliau berkata tidak dapat dipastikan sejauh mana varian baharu dari Afrika Selatan dan Brazil bertindak balas terhadap vaksin.

"Varian baharu ini yang sangat saya risaukan," kata Hancock.

Dalam satu lagi wawancara dengan BBC beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti 77 kes varian Afrika Selatan di United Kingdom.

"Itulah sebabnya kami kenakan langkah sekatan sempadan yang ketat terhadap pergerakan dari Afrika Selatan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS