Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Luluskan Muda, takut apa Muhyiddin, bajet sudah lulus’

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya meluluskan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Dia berkata demikian susulan anggota parlimen Muar dalam afidavit di mahkamah mendakwa, menteri dalam negeri ‘memujuknya’ supaya menyokong perdana menteri jika mahu pendaftaran Muda diluluskan.

Dalam tuduhan itu, nama menteri dan perdana menteri tidak disebut secara khusus.

“Elok kerajaan PN luluskan sahaja Muda. Lagi pun takut apa dengan Syed Saddiq.

“Bajet 2021 sudah pun lulus. Muhyiddin (Yassin) boleh terus jadi perdana menteri sampai darurat ditamatkan,” katanya menerusi akaun Facebook hari ini.

Sekiranya dakwaan Syed Saddiq benar, Puad berharap, Umno tidak akan tunduk kepada tekanan demikian.

“[...]Syed Saddiq buat tuduhan serius. Apakah itu cara Muhyiddin mengekalkan kuasa.

“Semoga Umno tidak tunduk kepada sebarang tekanan. Mungkin ada individu yang takut menerima tekanan seperti itu. Takut didakwa, takut hilang jawatan,” jelasnya.

Awal bulan ini, 13 penaja Muda termasuk Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang menolak pendaftaran parti itu.

Lihat Komen
ADS