Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indonesia larang sekolah paksa pelajar bertudung
Diterbitkan:  Feb 4, 2021 5:48 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Pemerintah Indonesia melarang sekolah-sekolah di negara itu menetapkan peraturan pakaian berdasarkan agama kerana ia adalah hak individu.

“Menggunakan atribut keagamaan adalah keputusan individu, murid, guru dan orang tua bukan sekolah negeri," kata Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim melalui sidang media maya semalam.

Keputusan itu dibuat selepas sebuah sekolah di Padang, Sumatera memaksa pelajarnya, termasuk bukan Islam, memakai tudung semasa kelas atas talian.

Nadiem berkata sekolah-sekolah sepatutnya mempromosikan kepelbagaian, memupuk perpaduan dan keharmonian beragama.

Arahan itu dikeluarkan bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Agama.

Indonesia negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia dan terkenal dengan moto negara Bhinneka Tunggal Ika (perpaduan dalam perbezaan).

Lihat Komen
ADS