Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkaitan penulisan bukunya yang didakwa memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.

Ahmad mendakwa penulisan berhubung peristiwa 13 Mei 1969 dan Abdul Razak Hussein yang terkandung dalam buku My Story: Justice In The Wilderness itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

"Saya membuat laporan ini untuk pihak polis memulakan siasatan ke atas Thomas khususnya mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama