Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kes harian hanya salah satu daripada beberapa petunjuk yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan ketika merancang tindak balas terhadap pandemik Covid-19.

  • Setiap pagi, pegawai kementerian bersidang untuk membincangkan enam data berikut:
  • Kes baru setiap hari
  • Kadar kematian Covid-19
  • Kebolehjangkitan (R0 dan Rt)
  • Kadar penggunaan katil hospital dan unit rawatan rapi (ICU)
  • Bilangan barisan hadapan perubatan yang dijangkiti dan dikuarantin
  • Bilangan ujian menggunakan kit ujian RT-PCR dan Antigen yang dilakukan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) ini juga melihat jumlah jangkitan dalam masyarakat yang tidak ada kaitan dengan sebarang kluster.

Jangkitan ini merangkumi kes yang dikesan di antara mereka yang mempunyai penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut yang teruk (Sari).

Mereka juga merangkumi jangkitan yang dikesan dari kemasukan ke hospital dan ujian praoperasi. Ujian sebelum masuk hospital dilakukan di hospital yang terletak di zon merah (daerah dengan 41 kes Covid-19 atau lebih).

"Ini adalah beberapa petunjuk untuk membantu kami emnyasarkan aktiviti kami dan membuat unjuran," kata Noor Hisham.

Setelah mengkaji bilangan harian dan trend terkini, CPRC akan membuat cadangan kepada eksekutif.

Ini kemudiannya bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (NSC) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan akhir.

Dalam unjuran terbarunya, kementerian meramalkan bahawa kes baru setiap hari akan tetap berada di bawah 4,000 untuk bulan berikutnya jika kadar kebolehjangkitan (Rt) kekal pada tahap 1.1.

Baimanapun, jika Rt melonjak ke 1.2, kes baru setiap hari boleh mencapai 10,000 pada minggu kedua bulan Mac.

Noor Hisham semalam mengatakan Malaysia akhirnya melepas tempoh kritikal jangkitan Covid-19 setelah mencapai puncak 5,298 jangkitan harian pada 31 Januari.

Setakat 9 Februari, kes jarian berjumlah 2,764 dan Rt 0.91.

Jelasnya, dia menjangkakan kes harian akan terus berkurang dan menyasarkan Rt pada kadar 0.6.

Trend menurun ini berlaku empat minggu selepas kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) ke beberapa negeri dan wilayah pada 13 Januari.

PKP sejak itu diperluas ke semua negeri kecuali Sarawak dan dilanjutkan sehingga 18 Februari.

Penurunan kes juga bertepatan dengan keputusan MKN untuk menamatkan sekatan PKP.

Restoran kini boleh menerima pelanggan untuk makan di premis, kebanyakan sektor peruncitan dibenarkan dibuka, salun dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sementara pasar malam juga sudah dibuka.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS