Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah ibadat bukan Islam dibenar dibuka, maksimum 30 orang
Diterbitkan:  Feb 13, 2021 10:01 AM
Dikemaskini: 10:01 AM

Kerajaan membenarkan rumah ibadat bukan Islam dibuka di bawah perintah kawalan pergerakan (PKO) 2.0.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara, hanya maksimum 30 penganut dibenarkan masuk ke rumah ibadat pada satu masa.

Rumah-rumah ibadat juga diminta untuk melakukan kerja pembersihan selama 30 minit sebelum dan selepas sebarang aktiviti keagamaan dilakukan.

Waktu operasi juga perlu mengikut yang ditetapkan.

Untuk gereja, tokong Buddha, Tao serta Wat Siam, waktu operasi yang dibenarkan adalah antara pukul 6 pagi hingga 2 petang.

Untuk kuil Hindu, ia dibenarkan dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, dan juga 5 petang hingga 9 malam.

Bagi gurdwara pula, ia dibenarkan dibuka antara pukul 6 pagi hingga 9 pagi.

Untuk kawasan dengan akses internet, para penganut diminta untuk mendaftar masuk menggunakan MySejahtera, dengan pengecualian untuk warga emas yang tidak memiliki telefon bimbit.

Lihat Komen
ADS