2,176 kes Covid-19, terendah sejak 5 Jan
Sebanyak 2,176 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,618 kes membabitkan rakyat Malaysia dan 557 kes bukan warganegara Malaysia.
Ini adalah jumlah kes harian baru terendah sejak 5 Jan apabila sebanyak 2,027 kes baru direkodkan pada masa itu.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menjalankan ujian terhadap pesakit tanpa gejala sejak 11 Januari berikutan peningkatan kes.
Bagaimanapun, keadaan dilihat bertambah baik dengan jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah seramai 260 orang berbanding 319 orang pada 30 Januari.
Sementara itu, KKM memaklumkan 10 lagi kematian terbaru direkodkan akibat wabak berkenaan.
Ia melibatkan lima kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Perak.
Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.
KKM juga memaklumkan 13 kluster baru dikenal pasti melibatkan 10 kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.
Selain itu, seramai 4,521 pesakit dilaporkan telah sembuh sepenuhnya.
Status terkini:
Kes aktif: 47,135
Pesakit dirawat di ICU: 260
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan : 112
Bilangan kes mengikut negeri:
- Selangor (910)
- Johor (269)
- Sarawak (246)
- Kuala Lumpur (182)
- Negeri Sembilan (145)
- Sabah (97)
- Pulau Pinang (91)
- Perak (83)
- Terengganu (53)
- Kedah (33)
- Kelantan (31)
- Pahang (15)
- Melaka (14)
- Putrajaya (7)
- Labuan (0)
- Perlis (0)


