Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kedai nombor ekor dan Genting kembali dibuka, Magnum tawar RM16j
Diterbitkan:  Feb 16, 2021 2:12 PM
Dikemaskini: 12:04 PM

Syarikat pengendali kasino, Resort World Genting (Resort World), serta syarikat nombor ramalan hari ini mengumumkan mereka kembali operasi selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Pengumuman itu dibuat Resort World bersama syarikat Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial serta laman sesawang masing-masing.

"Sebahagian hotel, fasiliti dan tarikan kami serta tawaran lain tertakluk kepada waktu operasi yang disemak semula, keberadaan yang terhad atau penutupan sementara," kata Resort World.

Untuk rekod melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula 13 Jan lalu syarikat terbabit tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.

Pan Malaysian Pools berkata Da Ma Cai akan dibuka dengan mengambil kira SOP dan keselamatan pelanggan.

“Semua kedai kami akan dibuka esok (16 Feb).

“Jangan ketinggalan cabutan khas pada 16 Februari! Magnum 4D Jackpot kini hampir RM16 juta,” tulis Magnum pula di Facebook.

Resort World berkata kawasan perjudian - termasuk kasino Genting Club, dan Genting Club Private Gaming - bagaimanapun hanya dibuka kepada ahli Genting Rewards saja.

Kasino mereka pula akan beroperasi antara jam 2 pagi dan 10 pagi setiap hari.

Sementara itu Magnum pula mengumumkan jumlah wang tawaran terkumpul mereka kini menghampiri RM16 juta.

"Semua kedai kami dibuka. Jangan terlepas cabutan khas kami yang berlangsung pada 16 Feb! Nilai cabutan Magnum 4D Jackpot kini hampir RM16 juta sekarang!" tulis syarikat itu di Facebook.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS