Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengerusi PKR Sarawak tinggalkan parti
Diterbitkan:  Feb 28, 2021 1:33 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Ahli Parlimen Julau Larry Sng hari ini dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak serta kedudukan lain dalam parti itu.

Ketua Wanita PKR Sarawak Agnes Padan berkata Sng memaklumkan keputusannya itu dalam pertemuan biro politik parti berkenaan yang diadakan melalui aplikasi Zoom pada 26 Feb sebelum membuat penegasan sekali lagi semasa mesyuarat peringkat negeri semalam.

Ditanya sama ada Sng akan menyertai Parti Sarawak Bersatu, Agnes berkata ahli parlimen terbabit berkata dia tiada perancangan untuk menyertai parti pembangkang berkenaan.

"Tetapi politik sangat tidak menentu. Saya menyerahkan hal itu kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod setakat berita ini ditulis Sng belum memberi respon kepada cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya.

Menurut Agnes semangat Wanita PKR Sarawak tidak akan terjejas dengan langkah mana-mana pimpinan meninggalkan parti berkenaan dan menyeru anggota akan bertenang serta terus berkhidmat kepada rakyat.

"PKR adalah lebih besar berbanding seorang atau dua individu," katanya.

Untuk rekod selain Sng seorang lagi ahli parlimen yang disebut-sebut bakal meninggalkan PKR ialah Steven Choong.

Memetik sumber The Star melaporkan ahli parlimen Tebrau itu dijangka akan mengumumkan langkahnya keluar dari parti.

Setakat ini Choong belum memberikan sebarang kenyataan kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga bekas pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim, memberitahu dakwaan berkenaan adalah "tidak benar."

Kira-kira dua bulan lalu Sng meletakkan jawatannya dalam PKR dengan alasan dia percaya parti berkenaan wajar diketuai tokoh Dayak sebelum pilihan raya negeri diadakan.

Bagaimanapun anak hartawan dan ahli politik, Sng Chee Hua, itu menarik balik peletakan jawatan berkenaan selepas dipujuk. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS