Malaysiakini
BERITA

Bersatu, Umno bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Mac 2021, 12:39 pagi

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi.

Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut pelantikan ketua kampung.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata ramai ketua kampung yang baru dilantik dikuasai orang Umno.

"Hari ini heboh seluruh Johor mengenai Surat Perlantikan Ketua-ketua Kampung di mukim-mukim seluruh negeri Johor yang kebanyakkan berpihak kepada satu parti sahaja.

"Hal ini menunjukkan Hasni Mohamad selaku menteri besar Johor langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional yang beliau sendiri pernah laungkan sebelum ini untuk memberi hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memimpin negeri Johor ketika ini," katanya pada satu kenyataan.

Hasni juga pengerusi perhubungan Umno Johor.

Shamsuddin berkata dia yakin Hasni seorang yang "berjiwa besar dan berpegang pada janji.

"Armada Johor menantikan satu penyelesaian yang tegas, bijak dan harmoni dalam memastikan agenda memperkasa masyarakat secara holistik dapat dicapai," katanya.

Sebelum keruntuhan pentadbiran PH, Bersatu menerajui kerajaan negeri tetapi kemudian Umno kembali memimpin negeri itu pada hujung Feb tahun lalu.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.