1,745 kes baru, tujuh lagi kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 1,745 kes Covid-19 baru dikesan dengan tujuh lagi menjadi korban virus berkenaan.
Kes baru hari ini melibatkan dua kes import dan selebihnya jangkitan tempatan.
Ini menjadikan kes keseluruhan yang pernah direkodkan di dalam negara adalah 305,880 dan 1,148 korban keseluruhan.
Dengan mengambil kira 2,276 lagi pesakit sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, kes aktif setakat tengah hari tadi ialah 24,025.
Unit rawatan rapi menempatkan 195 pesakit, dengan 95 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat tujuh kematian baru yang dilaporkan hari ini yang melibatkan dua kes di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan.
Sementara itu KKM juga memaklumkan 11 kluster baru dikenal pasti pada hari ini, melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pula adalah kluster Batu Empat (198 kes), kluster Jalan Pelabuhan (128 kes), dan kluster Jalan DPB Lima (32 kes).
Bilangan kes mengikut negeri:
- Selangor: 640
- Johor : 376
- Sarawak: 139
- Perak: 136
- Sabah: 95
- Kuala Lumpur: 92
- Pulau Pinang: 90
- Kedah: 40
- Melaka: 36
- Pahang: 36
- Kelantan: 33
- N.Sembilan: 24
- Terengganu: 5
- Putrajaya: 3kes


