Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua maut, 3 cedera dalam runtuhan jambatan Suke
Diterbitkan:  Mar 3, 2021 8:53 PM
Dikemaskini: 3:55 PM

KEMAS KINI 11.30pmDua maut dan tiga lagi cedera dalam runtuhan jambatan lebuh raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (Suke) setelah sebuah treler merempuh perancah besi lebuh raya berkenaan kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan lima mangsa yang menaiki sebuah van pekerja terperangkap dalam runtuhan selama kira-kira tiga jam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya memberitahu pihak media malam ini bahawa dua wanita berusia lingkungan 40an meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu seorang lelaki terselamat. Dua orang wanita terselamat dan dihantar ke Pusat Perubatan UKM. 

"Dua lagi mangsa telah meninggal dunia dan akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat," katanya.

Zulkefly berkata, pemandu treler berkenaan dibawa ke balai polis Sungai Besi untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini merupakan kejadian kedua membabitkan pembinaan lebuh raya Suke dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Pada Sept lalu, seorang wanita nyaris maut, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Polis nafi treler bawa lebih muatan

Terdahulu, Prolintas Sdn Bhd yang merupakan pemaju Suke Expressway memaklumkan kejadian itu berlaku selepas sebuah treler yang membawa lebih muatan merempuh perancah besi pembinaan lebuh raya berkenaan.

Zulkefly bagaimanapun menafikan dakwaan Prolintas bahawa treler itu membawa lebih muatan yang dibenarkan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi memberitahu media operasi menyelamat melibatkan tiga kren dan 209 anggota dari pelbagai agensi, termasuk petugas Suke.

Prolintas dalam kenyataan terkininya malam ini memaklumkan aliran trafik telah dari Ampang telah dialihkan ke Lebuh Raya Connaught.


 

Lihat Komen
ADS