Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KJ: Dah daftar tak perlu daftar lagi vaksin Covid-19
Diterbitkan: Β Mar 4, 2021 12:23 AM
β‹…
Dikemaskini: 4:23 PM

Mereka yang sudah mendaftar untuk pengambilan vaksinasi Covid-19 tidak perlu mengemukakan semula pendaftaran mereka, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dia berkata demikian selepas tersebar hantaran di media sosial yang meminta orang ramai berbuat demikian sehingga pengesahan dipaparkan pada aplikasi MySejahtera.

"Pendaftaran anda sebelumnya telah selesai. Orang-orang yang dah daftar akan dapat (pengesahan di skrin) Mysejahtera dalam semalaman tanpa harus mendaftar lagi,” katanya di Twitter.

Dia menjelaskan aplikasi MySejahtera hanya mengalami perubahan pada user interface dan data pendaftaran telah diperoleh di pangkalan data kerajaan.

Perubahan ini boleh dilihat pada semua pengguna aplikasi itu esok.

Sejak permulaan pendaftaran vaksin pada 23 Februari, aplikasi MySejahtera telah mengalami sekurang-kurangnya satu kemas kini yang berlaku pada hari berikutnya.

Sehingga jam 3 petang hari ini, lebih 1.77 juta orang berminat untuk menerima vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera. Sehingga semalam, 53,287 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Saluran lain bagi pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi, termasuk laman web vaksincovid.gov.my pada 5 Mac.

Bagaimanapun, beberapa hantaran media sosial tersebar secara meluas, yang menunjukkan langkah demi langkah bagi pengguna MySejahtera untuk mengirimkan kembali permohonan mereka agar pengesahan dipaparkan pada skrin aplikasi tersebut.

Skrin ini berbeza daripada yang muncul bagi mereka yang mendaftar ketika pertama kali di MySejahtera, dan menunjukkan garis masa keseluruhan proses vaksinasi dari pendaftaran hingga penerbitan sijil digital.

Beberapa hantaran di media sosial mendakwa pendaftaran tidak berjaya kecuali pengesahan baru dipaparkan.

Lihat Komen
ADS