Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq sambung belajar ke S'pura, derma gaji sebulan
Diterbitkan:  Mar 8, 2021 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam Dasar Awam Sekolah Lee Kuan Yew selama sebulan.

Syed Saddiq berkata dia berhasrat memberikan gajinya sepanjang tempoh itu bagi membantu kakitangan yang bekerja di kawasan parlimen berkenaan.

"Saya tidak pergi ke sana untuk bercuti tapi untuk belajar. Saya berharap kajian saya dalam bidang dasar awam dapat menjadikan saya seorang ahli parlimen dan pembuat dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia.

“Sejak darurat, pasukan saya di Muar berjaya membantu 765 keluarga mendapatkan komputer riba dan tablet, 5,500 keluarga telah menerima bantuan bank makanan, dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar, katanya dalam catatan di Facebook.

EMBED:

Will be in Singapore for a month to finish my studies at NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy. I'll be donating my...

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Sunday, March 7, 2021

Sehubungan dengan itu Syed Saddiq berkata dia akan menyalurkan gajinya sebagai ahli parlimen bagi bulan Mac kepada pasukannya di Muar.

Bekas menteri belia dan sukan itu menambah dia tidak layak menyimpan gaji tersebut ketika melanjutkan pengajian.

"Sewaktu saya di Singapura, usaha ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar," katanya.

Syed Saddiq memulakan kursus eksekutif dalam dasar awam pada September tahun lalu, namun dikehendaki hadir ke kelas secara fizikal  sepanjang bulan ini.

Lihat Komen
ADS